Riuh rendah
bunyinya suasana di luar rumah Aina. Wakil rombongan pihak lelaki sedang enak
menjamu selera yang disediakan oleh pihak perempuan. Zarith hanya menunjukkan senyum tidak
ikhlasnya kepada saudara-saudara yang mewakili pihaknya. Hatinya memberontak
untuk membatalkan majlis ini, namun dia tiada daya. Kata keluarga terpaksa menjadi kiblatnya. Antara cinta
dengan rasa hormat terhadap keluarga yang banyak berkorban untuknya. Keluarga menjadi
pilihan.
“zarith,
mari sini. Kita bergambar kenangan.” Zarith menurut sambil melangkah menuju ke
ambil dan duduk bersebelahan dengan tunangnya. Dikerling Aina sekilas lalu
tanpa secebis senyuman. Yer, Aina
menjadi pilihan keluarganya. Terpaksa memilih. Hanya beberapa bulan saja Zarith
bersua muka dengan Aina. Itupun desakan mamanya menyuruh meluangkan masa
bersama bakal tunang.
“Say
cheese!!!” jeritan jurukamera mengembalikan Zarith ke dunia realiti. Zarith menyimpulkan senyumnya. Terpaksa.
Ya, kerana terpaksa. Hanya itu perkataan yang sangat sesuai dengan keadaan
dirinya sekarang.
Aina hanya
mengerling tunangnya. Dia tahu, Zarith tidak merelakan pertunangan ini. Dia faham
dengan gerak badan lelaki ini. Terasa seperti Zarith cuba mengelak untuk
bertentang mata dengannya. Aina sedar diri, dia hanyalah pilihan keluarga bukan
pilihan Zarith. Namun tetap redha jika ini perjalanan hidupnya. Jika sudah
tersurat begini takdir hidupnya, siapa
dia untuk mempersoalkan tentang perancangan yang diatur oleh Penciptanya. Aina harus
akur.
Selesai
acara bergambar, Zarith melangkah keluar dari rumah itu. Pn Rashidah hanya
mengelengkan kepalanya. Faham sangat dengan gelagat anak lelaki tunggalnya itu.
Selesai
acara menyarung cincin dan bergambar bagai, rombongan pihak lelaki mula meminta
diri untuk pulang. Aina mendekati Zarith.
“Terima kasih kerana sanggup menerima saya sebagai tunang awak.” Aina berkata perlahan. Zarith hanya memandang hadapan dan mengangguk perlahan.
“Terima kasih kerana sanggup menerima saya sebagai tunang awak.” Aina berkata perlahan. Zarith hanya memandang hadapan dan mengangguk perlahan.
“Saya
tahu, awak terpaksa dengan semua ini. Saya juga mengalami situasi sama macam
awak. Ditelan mati mak,diluah mati bapak. Sekarang ni saya hanya bergantung
pada keputusan awak. Kiranya awak jodoh saya, saya akan terima dengan redha. Saya
harap,awak pun begitu.” Habis je mengeluarkan apa yang terpendam, Aina berlalu pergi.
Harith tercengang mendengar
ungkapan lembut Aina. Harith sedar kini, bukan hanya dia yang terpaksa.’ Ya,jika
ini jodoh aku, aku seharusnya terima. Jika Aina yang ditetapkan maka dia tidak
boleh memilih untuk memiliki Krisya.’
Zarith melangkah laju menuju ke Toyota
Camry nya. Pn Rashidah sudah hilang
bersama adik-adiknya yang lain menaiki kereta
yang berasingan. Zarith melihat
jam ditangannya. ‘Krisya. Ape aku perlu explain pada dia. Sya, maafkan Zarith. Tak
terniat pun nak kecewakan sya.’ Zarith merintih. Dia sayangkan Krisya. Sejak bertemu
dengan Krisya, tiada perempuan lain yang dipandang. Jiwa dan hatinya hanya
untuk Krisya. Zarith menarik nafas panjang. Tenangkan diri. Jari-jemarinya mengetuk-ngetuk
stering kereta mengikut rentak lagu. Zarith memandu tanpa tujuan. Bila masalah
melanda refleksi badan dengan minda
tidak sekata. Kakinya hanya menekan pedal minyak dan tangan pula hanya mengawal
stering. Masih memikirkan Krisya. Sudah seminggu dia menyepikan diri dengan
wanita itu. Tiada panggilan dan tiada mesej. .
