Saturday, September 21, 2013

calibration hati 6


Pemandangan yang hijau di hadapan di tenung. Keasyikan melayan angin pantai, menghilangkan bayangan lelaki yang dari tadi merenungnya. Krisya tiada hati untuk menatap lelaki itu. Kalau dengan memandang wajah itu mengguriskan lagi hatinya yang terluka, lebih baik dia memandang bukit yang sepi itu. Lebih baik begitu.  Bagaikan gunung tersebut melapangkan hatinya.
                “Sya”, Zarith memanggil perlahan. Dia tahu sangat  Krisya terpaksa bersetuju untuk bertemu dengannya. Sudah dua minggu Krisya mendiamkan diri. Mesej yang dihantar dihantar tidak di balas oleh wanita itu apatah lagi panggilan. Langsung tiada respons.
                Krisya masih lagi mendiamkan diri. Cuba membatukan diri agar tidak terpujuk dengan rayuan bekas kekasihnya itu. kalau dulu, Krisya senang sahaja menerima pujukan. Rajuknya hanya sebentar. Baginya dulu, rajuk yang berpanjangan akan merugikan masa untuk berkasih-kasihan. Maklumlah orang tengah hangat bercinta.
                “Sya,tolong la jangan buat Rith macam ni”  Zarith bersuara lagi. Krisya cuba mengedip-ngedipkan matanya. Menahan air masin keluar dari tubir mata. Mengetap bibir menahan rasa. Beg tangan di ribanya dipegang kejap. Cuba mengumpul kekuatan.
                Krisya memalingkan wajahnya memandang mata Zarith. Di situ terlihat penyesalan. Di situ juga terpancar  kesedihan. Bukan hanya dia seorang yang sedih. Zarith jua turut menderita dengan pertunangannya. Namun apakan daya, mereka tidak mampu untuk mengubah keputusan yang dibuat oleh keluarga Zarith.
                Krisya menahan sebak bila terkesan mata Zarith berkaca. Susah untuknya melihat air jernih keluar dari mata bulat itu. Krisya menarik nafas. Dia perlu kuat. Kuat menghadapi takdir hidup. Siapa dia untuk melawan arus kehidupan.  Kalau itu bukan jodohnya, dia kena merelakan perpisahan itu. walaupun perpisahan yang terjadi bukan atas permintaannya. Bukan dalam rencananya.
                “Zarith Ikmal….sejujurnya saya sangat sedih dengan apa yang berlaku. Namun apa yang boleh katakan sekarang ni saya cuba untuk menerima. Cuba untuk memahami. Tapi saya tak kuat untuk berhadapan dengan awak. Sungguh saya tak kuat” Krisya meluahkan apa yang dia rasa. Bibir dikemam atas bawah. Nafas ditarik lagi perlahan-lahan. Cuba menenangkan perasaan. Menggigil tangannya menahan rasa.
                “Maafkan Rith, Sya. Rith pun bingung dengan keadaan sekarang ni. Sejujurnya Rith boleh gila kalau tiada Sya dalam hidup Rith”. Krisya yang mendengar terus mengangkat tangan dan menekup kedua-dua belah telinga. Dia tidak sanggup untuk mendengar luahan rasa hati Zarith. Sesungguhnya dia tidak kuat.
                Zarith terkejut dengan reaksi yang  ditunjukkan spontan oleh Krisya. Bibir Krisya menyuruhnya berhenti berbicara. Sedih hatinya melihat Krisya tertekan begitu. Dia tidak sanggup melihat Krisya terseksa begitu. Itu salahnya. Kenapa keadaan terlalu kejam kepada mereka berdua. Perlahan-lahan Zarith bangun meratapi Krisya. Cuba mengenggam jari jemari Krisya yang masih lagi melekap di telinga.
                Krisya hanya membiarkan. Dia rindukan suara pujukan itu. dia rindukan lelaki itu. sungguh dia perlukan lelaki itu. hidupnya terasa kosong tanpa suara lelaki itu. Hanya suara itu yang menemani hidupnya. Tiada lelaki lain. Hanya Zarith yang dia perlukan namun apakan daya dia untuk melawan takdir yang dah ditetapkan.
                Zarith ralit menilik jari jemari Krisya. Kalau boleh dia tak ingin melepaskan wanita ini. Krisya dibuai rasa bahagia namun dia sedar itu hanya sebentar cuma. Dia hanya membiarkan tangannya di elus-elus Zarith. mungkin hari ini yang terakhir untuk dia bermanja-manja. Hari terakhir untuk dia rasa bahagia bersama lelaki tersebut.
                Keasyikkan melayan rasa bahagia diregut bila teringat kata-kata Nisa yang menyuruhnya menjaga hubungannya dengan Zarith. 
                “Apa perasaan tunang Zarith bila dia tahu hubungan kau ngan Zarith. Kau perempuan dan dia pun perempuan. kalau boleh elakkan sakitkan hati perempuan lain. Aku takut nanti kau pun akan merasa benda yang sama" kata-kata Nisa berlegar-legar di relung pemikirannya. Perlahan-lahan genggaman tangan Zarith cuba di relaikan. Zarith terpinga namun memahami tindakan Krisya.
                "Kita tak boleh macam ni. Antara kita sudah tercipta jurang. Sya tak sanggup nak mengecewakan hati perempuan lain" Krisya hanya menunduk. Kedua-dua tangannya di genggam kemas, cuba mencari kekuatan.
                "Okey....tapi kita still boleh jumpa kan?" mata Krisya direnung. Cuba untuk mencari jawapan. namun Krisya tetap menundukkan kepala. Sukar untuk Zarith menelaah jawapan Krisya. Zarith mengeluh perlahan.
                "Sya rasa, elok la kita tak berhubung lagi. Pasal bisnes kita tu baik Rith urus macam biasa. Nanti kita bincang pasal hala tuju bisnes ni kemudian. Buat masa sekarang Sya serahkan pada Rith, boleh?". Kepala Zarith terangguk perlahan.
                 "One fine day, kita akan jumpa lagi. InsyaALLAH". sedetik itu, Krisya berdiri dan melangkah perahan meninggalkan Zarith keseorangan. Untuk menahan langkah lemah Krisya, dia tidak mampu kerna dia juga tidak kuat. Makin lama bayang Krisya makin hilang dari pandangan mata.
                 Zarith mengeluh lagi. suasana tenang di sekeliling tidak dapat menghilangkan resah hatinya. Nafas ditarik dalam. Dihembus perlahan-lahan. Cuba menyahkan galau hati.

Tuesday, September 3, 2013

calibration hati 5

Mata itu mengingatkan dia kepada seseorang. Krisya ralit memerhatikan gelagat lelaki di hadapannya. Lelaki itu tersenyum memandaang kawannya yang sedang bercerita. Mungkin kawannya buat lawak barangkali. Bila tersenyum, mata kecil lelaki itu tertutup. Takjub dengan senyuman itu. Lupa akan kesedihannya buat sementara.  Lupa akan kerja di pejabat yang bertimbun. Lupa akan masalah dengan Zarith yang masih tiada kata putus.
                Masih lagi ralit membuang pandang akan lekaki itu. Lelaki itu hanya berdua dengan kawannya. Krisya menongkat muka dengan tangan. Sikunya di letakkan atas meja menahan beban. Mata masih lurus memandang lelaki itu. ‘ada apa dengan lelaki itu’. Memandang wajah lelaki itu membuatkan hatinya tenang. Ada kejernihan di wajah itu.
                Kedatangannya untuk menghilangkan rasa bosan ke restoran itu membuahkan hasil. Siapa lelaki itu dia tidak pasti. Yang pasti dia mendapat ketenangan dengan melihat gelagat itu. Sejuk hatinya. Seakan wajah suami pelakon Irma Hasmi.
                Krisya tersentak. Lelaki tersebut membalas pandangannya. Tergamam. Krisya meluruskan tangan yang menopang dagu ke depan. Tanpa disangka kopi panas  McD tertumpah. Cepat cepat dia bangun mengelakkan baju putihnya terkena kopi. Dia memandang sekeliling. Ramai yang memandang namun matanya hanya berhenti dimeja lelaki itu.
                Lelaki itu turut membalas pandang. Krisya terkaku. Masa seakan berhenti. Orang sekeliling seakan di tarik nikmat bersuara. Sunyi sepi. Dia hanya memandang lelaki tersebut. Kakitangan McD yang datang mengelap kopi yang tumpah di atas meja memecahkan cermin lamunan Krisya. Dia mengalihkan pandangan. Terus pandangan di tunakkan ke arah lelaki yang mengelap mejanya itu.
                Dari hujung mata, kelihatan lelaki itu berdiri perlahan-lahan.  Krisya mengeraskan pandangan. Takut nanti terkantoi lagi.  Dia mengutuk diri sendiri.
                Jantung Krisya berdetak kencang bila mana lelaki yang ditenungnya tadi datang menghampiri. Peluh mula merecik di tapak tangan. Pantang baginya kalau perasaan gemuruh menimpa. Cepat sangat di simbah peluh.  Tangannya disisip di peha. Sambil mengelap peluh yang merecik di tapak tangan
                “awak okey?” pertanyaan Lelaki itu menyebabkan Krisya mengangkat muka. Dia kaget. Malu usah dicakap lagi. Memang menebal malunya itu. Mahu sahaja dia menghilangkan diri dengan serta merta. Terasa mukannya memerah.
                “hah…..erkkk….saya okey,” Krisya tergagap-gagap menjawab. Sambil kepalanya diangguk-angguk kepalanya. Kelihatan lelaki itu menyimpan senyum. Lelaki itu juga hanya menganggukkan kepala.
                “saya Azrul Izzat..boleh panggil Izzat” Izzat memperkenalkan diri. Izzat mengambil langkah pertama menegur perempuan di depannya. Selama ini dia hanya terserempak dan bila mahu menegur di fikirkan tidak kena pada tempatnya. Tangan kanan dihulur tanda salam perkenalan.
                “errrr…Krisya..nice to meet you” Krisya juga menghulurkan tangan menyambut huluran perkenalan dari Izzat. Krisya membuang senyum tanda senang dengan perkenalan itu. Terus dibuang rasa malu tadi. Mata ditalakan kearah lelaki itu. Tiada topik untuk dibualkan. Masing-masing hanya menundukkan muka.  Krisya hanya memandang ke bawah sambil hujung kakinya menguis-nguis angin. Tiada apa yang mahu dibualkan dengan lelaki itu.
                Izzat juga sunyi. Dia menyeluk poket belakangnya dan mengeluarkan sekeping kad. Tertulis di situ namanya dan nombor telefon.
                “hmmm…ni nombor saya. Kalau free boleh la calling-calling” Azrul Izzat menghulurkan kad bisnesnya kepada Krisya. Azrul Izzat hanya menyimpul senyum nakal. Harapannya moga-moga terbuka hati Krisya untuk menguhubunginnya. Minta Tuhan permudahkan perkenalannya dengan Krisya. Doa Izzat dalam hati.
                “okey…sure”jawab Krisya perlahan sambil menilik kad tersebut sambil tangan kanannya menyisip rambut ke tepi.
                Azrul Izzat terpegun memandang senyuman Krisya. Memang tidak dinafikan lagi, perempuan inilah yang dijumpai semasa kenduri kawannya beberapa bulan lepas. Sudah puas dia mencari. Nampaknya Allah masih mahu mempertemukan mereka. Perempuan inilah yang mengganggu tidur malamnya. Seringkali dia terbayang wajah kesedihan yang terpamer di wajah Krisya tempoh hari.
                “hmmm…kalau tidak keberatan, would you mind give your handphone number” Azrul Izzat berterus terang. Kalau boleh dia tidak mahu lagi kehilangan jejak wanita manis yang ada di hadapannya ini. Dia yakin Krisya tidak akan menghubunginya walaupun nombor telefon sudah diberikan kepada wanita itu. Gerak hatinya mengatakan begitu. Disebabkan itu dia mengambil langkah pertama. Dia tidak rela. Dia mahu berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan wanita itu. Dia mahu mengenali keluarga wanita itu. Kalau boleh semua benda berkaitan dengan wanita itu dia mahu. Biarpun orang boleh kata dia terlalu obsess, dia rela.
                “Encik Izzat”. Krisya melambai-lambai tangan kanannya kearah wajah Izzat.
                Izzat terngadah. Macam mana dia boleh mengelamun waktu macam mana. Kelihatan tangan kanan Krisya menghulurkan tisu McD. Disitu tertulis nombor telefon.  Tanpa banyak soal Krisya memberikan nombor itu. Perlahan-lahan Izzat mengambil nombor itu dan terus mendail nombor tersebut membuat missed call. Izzat hanya tersenyum melihat Krisya cepat-cepat mengeluarkan handphone daripada handbag. Kelam kabut. Izzat mengerutkan kening. Terasa kelakar dengan gelagat wanita di hadapannya.
                “so…ini nombor saya. Mungkin malam ni nanti saya akan hubungi awak lagi”. Izzat berterus-terang. Krisya tergamam dengan penjelasan tersebut. Lelaki ini sangat berani. Krisya hanya menilik nombor telefon yang terlayar di skrin telefonnya.
                “Jat” panggilan daripada Azimuddin mengejutkan Izzat yang sedang ralit mengahayati wajah Krisya. Malam ini sudah tentu dia tidak dapat melelapkan mata. Mesti akan teringat-ingat rupa itu. Izzat mengalihkan pandangan melawan tujahan mata dari Azimuddin. Hanya dengan isyarat mata, kawannya faham dengan arahan tersebut. Lalu terus menuju kearah pintu keluar dari McD. 
Izzat meminta diri dengan sopan dari Krisya. Sayang pula dia mahu meninggalkan wanita itu. namun memikirkan Azimuddin sedang menunngu di luar dia terpaksa. Perlahan-lahan langkah kaki diatur keluar. Krisya hanya memandang gerak langkah itu.


                
penat
penat dalam mendidik jiwa

membuang segala dendam
dalam mencari sebuah kehidupan
menanti titik kebahagian

sungguh......

perjalanan ini amat memenatkan
namun......
ia harus diteruskan
harus....

tik....tik...tik

masa pergi meninggalkan masa lalu
yang tinggal hanya cebisan memori
yang bikin kita tersenyum
atau bersedih mengigati

perjalanan mencari titik hujung

sebagai penentu bahagia atau derita
syurga atau neraka
hanya satu titik 
yang hanya boleh diungkap
dengan satu perkataan 
MATI