Saturday, September 21, 2013

calibration hati 6


Pemandangan yang hijau di hadapan di tenung. Keasyikan melayan angin pantai, menghilangkan bayangan lelaki yang dari tadi merenungnya. Krisya tiada hati untuk menatap lelaki itu. Kalau dengan memandang wajah itu mengguriskan lagi hatinya yang terluka, lebih baik dia memandang bukit yang sepi itu. Lebih baik begitu.  Bagaikan gunung tersebut melapangkan hatinya.
                “Sya”, Zarith memanggil perlahan. Dia tahu sangat  Krisya terpaksa bersetuju untuk bertemu dengannya. Sudah dua minggu Krisya mendiamkan diri. Mesej yang dihantar dihantar tidak di balas oleh wanita itu apatah lagi panggilan. Langsung tiada respons.
                Krisya masih lagi mendiamkan diri. Cuba membatukan diri agar tidak terpujuk dengan rayuan bekas kekasihnya itu. kalau dulu, Krisya senang sahaja menerima pujukan. Rajuknya hanya sebentar. Baginya dulu, rajuk yang berpanjangan akan merugikan masa untuk berkasih-kasihan. Maklumlah orang tengah hangat bercinta.
                “Sya,tolong la jangan buat Rith macam ni”  Zarith bersuara lagi. Krisya cuba mengedip-ngedipkan matanya. Menahan air masin keluar dari tubir mata. Mengetap bibir menahan rasa. Beg tangan di ribanya dipegang kejap. Cuba mengumpul kekuatan.
                Krisya memalingkan wajahnya memandang mata Zarith. Di situ terlihat penyesalan. Di situ juga terpancar  kesedihan. Bukan hanya dia seorang yang sedih. Zarith jua turut menderita dengan pertunangannya. Namun apakan daya, mereka tidak mampu untuk mengubah keputusan yang dibuat oleh keluarga Zarith.
                Krisya menahan sebak bila terkesan mata Zarith berkaca. Susah untuknya melihat air jernih keluar dari mata bulat itu. Krisya menarik nafas. Dia perlu kuat. Kuat menghadapi takdir hidup. Siapa dia untuk melawan arus kehidupan.  Kalau itu bukan jodohnya, dia kena merelakan perpisahan itu. walaupun perpisahan yang terjadi bukan atas permintaannya. Bukan dalam rencananya.
                “Zarith Ikmal….sejujurnya saya sangat sedih dengan apa yang berlaku. Namun apa yang boleh katakan sekarang ni saya cuba untuk menerima. Cuba untuk memahami. Tapi saya tak kuat untuk berhadapan dengan awak. Sungguh saya tak kuat” Krisya meluahkan apa yang dia rasa. Bibir dikemam atas bawah. Nafas ditarik lagi perlahan-lahan. Cuba menenangkan perasaan. Menggigil tangannya menahan rasa.
                “Maafkan Rith, Sya. Rith pun bingung dengan keadaan sekarang ni. Sejujurnya Rith boleh gila kalau tiada Sya dalam hidup Rith”. Krisya yang mendengar terus mengangkat tangan dan menekup kedua-dua belah telinga. Dia tidak sanggup untuk mendengar luahan rasa hati Zarith. Sesungguhnya dia tidak kuat.
                Zarith terkejut dengan reaksi yang  ditunjukkan spontan oleh Krisya. Bibir Krisya menyuruhnya berhenti berbicara. Sedih hatinya melihat Krisya tertekan begitu. Dia tidak sanggup melihat Krisya terseksa begitu. Itu salahnya. Kenapa keadaan terlalu kejam kepada mereka berdua. Perlahan-lahan Zarith bangun meratapi Krisya. Cuba mengenggam jari jemari Krisya yang masih lagi melekap di telinga.
                Krisya hanya membiarkan. Dia rindukan suara pujukan itu. dia rindukan lelaki itu. sungguh dia perlukan lelaki itu. hidupnya terasa kosong tanpa suara lelaki itu. Hanya suara itu yang menemani hidupnya. Tiada lelaki lain. Hanya Zarith yang dia perlukan namun apakan daya dia untuk melawan takdir yang dah ditetapkan.
                Zarith ralit menilik jari jemari Krisya. Kalau boleh dia tak ingin melepaskan wanita ini. Krisya dibuai rasa bahagia namun dia sedar itu hanya sebentar cuma. Dia hanya membiarkan tangannya di elus-elus Zarith. mungkin hari ini yang terakhir untuk dia bermanja-manja. Hari terakhir untuk dia rasa bahagia bersama lelaki tersebut.
                Keasyikkan melayan rasa bahagia diregut bila teringat kata-kata Nisa yang menyuruhnya menjaga hubungannya dengan Zarith. 
                “Apa perasaan tunang Zarith bila dia tahu hubungan kau ngan Zarith. Kau perempuan dan dia pun perempuan. kalau boleh elakkan sakitkan hati perempuan lain. Aku takut nanti kau pun akan merasa benda yang sama" kata-kata Nisa berlegar-legar di relung pemikirannya. Perlahan-lahan genggaman tangan Zarith cuba di relaikan. Zarith terpinga namun memahami tindakan Krisya.
                "Kita tak boleh macam ni. Antara kita sudah tercipta jurang. Sya tak sanggup nak mengecewakan hati perempuan lain" Krisya hanya menunduk. Kedua-dua tangannya di genggam kemas, cuba mencari kekuatan.
                "Okey....tapi kita still boleh jumpa kan?" mata Krisya direnung. Cuba untuk mencari jawapan. namun Krisya tetap menundukkan kepala. Sukar untuk Zarith menelaah jawapan Krisya. Zarith mengeluh perlahan.
                "Sya rasa, elok la kita tak berhubung lagi. Pasal bisnes kita tu baik Rith urus macam biasa. Nanti kita bincang pasal hala tuju bisnes ni kemudian. Buat masa sekarang Sya serahkan pada Rith, boleh?". Kepala Zarith terangguk perlahan.
                 "One fine day, kita akan jumpa lagi. InsyaALLAH". sedetik itu, Krisya berdiri dan melangkah perahan meninggalkan Zarith keseorangan. Untuk menahan langkah lemah Krisya, dia tidak mampu kerna dia juga tidak kuat. Makin lama bayang Krisya makin hilang dari pandangan mata.
                 Zarith mengeluh lagi. suasana tenang di sekeliling tidak dapat menghilangkan resah hatinya. Nafas ditarik dalam. Dihembus perlahan-lahan. Cuba menyahkan galau hati.

Tuesday, September 3, 2013

calibration hati 5

Mata itu mengingatkan dia kepada seseorang. Krisya ralit memerhatikan gelagat lelaki di hadapannya. Lelaki itu tersenyum memandaang kawannya yang sedang bercerita. Mungkin kawannya buat lawak barangkali. Bila tersenyum, mata kecil lelaki itu tertutup. Takjub dengan senyuman itu. Lupa akan kesedihannya buat sementara.  Lupa akan kerja di pejabat yang bertimbun. Lupa akan masalah dengan Zarith yang masih tiada kata putus.
                Masih lagi ralit membuang pandang akan lekaki itu. Lelaki itu hanya berdua dengan kawannya. Krisya menongkat muka dengan tangan. Sikunya di letakkan atas meja menahan beban. Mata masih lurus memandang lelaki itu. ‘ada apa dengan lelaki itu’. Memandang wajah lelaki itu membuatkan hatinya tenang. Ada kejernihan di wajah itu.
                Kedatangannya untuk menghilangkan rasa bosan ke restoran itu membuahkan hasil. Siapa lelaki itu dia tidak pasti. Yang pasti dia mendapat ketenangan dengan melihat gelagat itu. Sejuk hatinya. Seakan wajah suami pelakon Irma Hasmi.
                Krisya tersentak. Lelaki tersebut membalas pandangannya. Tergamam. Krisya meluruskan tangan yang menopang dagu ke depan. Tanpa disangka kopi panas  McD tertumpah. Cepat cepat dia bangun mengelakkan baju putihnya terkena kopi. Dia memandang sekeliling. Ramai yang memandang namun matanya hanya berhenti dimeja lelaki itu.
                Lelaki itu turut membalas pandang. Krisya terkaku. Masa seakan berhenti. Orang sekeliling seakan di tarik nikmat bersuara. Sunyi sepi. Dia hanya memandang lelaki tersebut. Kakitangan McD yang datang mengelap kopi yang tumpah di atas meja memecahkan cermin lamunan Krisya. Dia mengalihkan pandangan. Terus pandangan di tunakkan ke arah lelaki yang mengelap mejanya itu.
                Dari hujung mata, kelihatan lelaki itu berdiri perlahan-lahan.  Krisya mengeraskan pandangan. Takut nanti terkantoi lagi.  Dia mengutuk diri sendiri.
                Jantung Krisya berdetak kencang bila mana lelaki yang ditenungnya tadi datang menghampiri. Peluh mula merecik di tapak tangan. Pantang baginya kalau perasaan gemuruh menimpa. Cepat sangat di simbah peluh.  Tangannya disisip di peha. Sambil mengelap peluh yang merecik di tapak tangan
                “awak okey?” pertanyaan Lelaki itu menyebabkan Krisya mengangkat muka. Dia kaget. Malu usah dicakap lagi. Memang menebal malunya itu. Mahu sahaja dia menghilangkan diri dengan serta merta. Terasa mukannya memerah.
                “hah…..erkkk….saya okey,” Krisya tergagap-gagap menjawab. Sambil kepalanya diangguk-angguk kepalanya. Kelihatan lelaki itu menyimpan senyum. Lelaki itu juga hanya menganggukkan kepala.
                “saya Azrul Izzat..boleh panggil Izzat” Izzat memperkenalkan diri. Izzat mengambil langkah pertama menegur perempuan di depannya. Selama ini dia hanya terserempak dan bila mahu menegur di fikirkan tidak kena pada tempatnya. Tangan kanan dihulur tanda salam perkenalan.
                “errrr…Krisya..nice to meet you” Krisya juga menghulurkan tangan menyambut huluran perkenalan dari Izzat. Krisya membuang senyum tanda senang dengan perkenalan itu. Terus dibuang rasa malu tadi. Mata ditalakan kearah lelaki itu. Tiada topik untuk dibualkan. Masing-masing hanya menundukkan muka.  Krisya hanya memandang ke bawah sambil hujung kakinya menguis-nguis angin. Tiada apa yang mahu dibualkan dengan lelaki itu.
                Izzat juga sunyi. Dia menyeluk poket belakangnya dan mengeluarkan sekeping kad. Tertulis di situ namanya dan nombor telefon.
                “hmmm…ni nombor saya. Kalau free boleh la calling-calling” Azrul Izzat menghulurkan kad bisnesnya kepada Krisya. Azrul Izzat hanya menyimpul senyum nakal. Harapannya moga-moga terbuka hati Krisya untuk menguhubunginnya. Minta Tuhan permudahkan perkenalannya dengan Krisya. Doa Izzat dalam hati.
                “okey…sure”jawab Krisya perlahan sambil menilik kad tersebut sambil tangan kanannya menyisip rambut ke tepi.
                Azrul Izzat terpegun memandang senyuman Krisya. Memang tidak dinafikan lagi, perempuan inilah yang dijumpai semasa kenduri kawannya beberapa bulan lepas. Sudah puas dia mencari. Nampaknya Allah masih mahu mempertemukan mereka. Perempuan inilah yang mengganggu tidur malamnya. Seringkali dia terbayang wajah kesedihan yang terpamer di wajah Krisya tempoh hari.
                “hmmm…kalau tidak keberatan, would you mind give your handphone number” Azrul Izzat berterus terang. Kalau boleh dia tidak mahu lagi kehilangan jejak wanita manis yang ada di hadapannya ini. Dia yakin Krisya tidak akan menghubunginya walaupun nombor telefon sudah diberikan kepada wanita itu. Gerak hatinya mengatakan begitu. Disebabkan itu dia mengambil langkah pertama. Dia tidak rela. Dia mahu berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan wanita itu. Dia mahu mengenali keluarga wanita itu. Kalau boleh semua benda berkaitan dengan wanita itu dia mahu. Biarpun orang boleh kata dia terlalu obsess, dia rela.
                “Encik Izzat”. Krisya melambai-lambai tangan kanannya kearah wajah Izzat.
                Izzat terngadah. Macam mana dia boleh mengelamun waktu macam mana. Kelihatan tangan kanan Krisya menghulurkan tisu McD. Disitu tertulis nombor telefon.  Tanpa banyak soal Krisya memberikan nombor itu. Perlahan-lahan Izzat mengambil nombor itu dan terus mendail nombor tersebut membuat missed call. Izzat hanya tersenyum melihat Krisya cepat-cepat mengeluarkan handphone daripada handbag. Kelam kabut. Izzat mengerutkan kening. Terasa kelakar dengan gelagat wanita di hadapannya.
                “so…ini nombor saya. Mungkin malam ni nanti saya akan hubungi awak lagi”. Izzat berterus-terang. Krisya tergamam dengan penjelasan tersebut. Lelaki ini sangat berani. Krisya hanya menilik nombor telefon yang terlayar di skrin telefonnya.
                “Jat” panggilan daripada Azimuddin mengejutkan Izzat yang sedang ralit mengahayati wajah Krisya. Malam ini sudah tentu dia tidak dapat melelapkan mata. Mesti akan teringat-ingat rupa itu. Izzat mengalihkan pandangan melawan tujahan mata dari Azimuddin. Hanya dengan isyarat mata, kawannya faham dengan arahan tersebut. Lalu terus menuju kearah pintu keluar dari McD. 
Izzat meminta diri dengan sopan dari Krisya. Sayang pula dia mahu meninggalkan wanita itu. namun memikirkan Azimuddin sedang menunngu di luar dia terpaksa. Perlahan-lahan langkah kaki diatur keluar. Krisya hanya memandang gerak langkah itu.


                
penat
penat dalam mendidik jiwa

membuang segala dendam
dalam mencari sebuah kehidupan
menanti titik kebahagian

sungguh......

perjalanan ini amat memenatkan
namun......
ia harus diteruskan
harus....

tik....tik...tik

masa pergi meninggalkan masa lalu
yang tinggal hanya cebisan memori
yang bikin kita tersenyum
atau bersedih mengigati

perjalanan mencari titik hujung

sebagai penentu bahagia atau derita
syurga atau neraka
hanya satu titik 
yang hanya boleh diungkap
dengan satu perkataan 
MATI

Thursday, June 27, 2013

pendosa

Aku hanya seorang pendosa
Rasukan syaitan bermaharajalela,
Untuk melawan seperti tiada daya,
Urat sendi tidak bermaya,
Seperti dihempap batu gerhana

Arghhhhhhh..........
Aku perlu bangkit
Sampai bila mahu dilemaskan dengan duri-duri dosa
Yang bisa menghumban aku ke neraka
Akan ku cuba kikis dosa-dosa dahulu kala,
Yang menggelapkan sinar mata,
Memudarkan warna merah dihati.



~~~ijapanic~~~




Friday, March 15, 2013

setapak dua tapak
kau pergi menghilangkan diri
aku, kau tinggal sendiri

aku cari
cari cari mana bayangmu pergi
mikir resah di hati
takut tuk berjauh pergi
takut sesat di telan hari

sampai simpang
hati keliru
dongak langit
malam makin mendekati
lantas
hijab hati di buka lagi
masuk simpang  atau pusing kembali?
monolog hati berteka teki

apa pilihan mu?
aku?
tentunya ada jawapan sendiri

tentunya simpang pilihan hati
kerna apa?
jawapannya mudah
senang tidak payah





dendam


Apa punya durjana
Kau fikir dendam itu bikin kau gembira
Bahkan tambah luka lagi ada

Fikir la wahai si gila...
Sampai bila kau nak bela titik hitam--penuh noda
Selamanya kau takkan bahagia

Kain orang kau selak kau jaga
Kain kau-- kau humban entah kemana
Dasar tak puas dengan apa yang ada

Saturday, February 16, 2013

'serba kena'


wahai manusia

jangan mencari yang 'serba kena' kerana hidup dipenuhi resam yang serba tidak kena
tipikal manusia kan...
semua hendakkan yang serba kena
hendakkan yang sempurna
cuba tilik diri sendiri,,,,kita takat mana?
 
kenapa perlu cari yang serba kena 
padahal diri sendiri pun tidak sempurna mana
kadang-kadang yang 'serba tidak kena' itulah yang melengkapkan kehidupan kita
dengan 'serba tidak kena' buatkan kita ketawa
cuba la terima seadanya

Friday, February 15, 2013

ujian


Ujian memang sentiasa akan datang
Tetapi bagaimana kita hadapinya, adalah benda yang kita terpaksa rancang
Kesakitan hari ini untuk pengajaran pada masa akan datang
Kesakitan lalu adalah pengubat untuk kesakitan pada waktu sekarang
Detik waktu penyembuhan di antara dua sela masa adalah sesuatu yang tiada galang

Banyak benda yang kita boleh berpatah balik
Tetapi adakah jika diberi peluang segalanya akan bertukar baik
Adakah segalanya akan kembali asal bagaikan tidak terusik?
Ataupun hanya dipandang sepi sebagaimana taik?
Itu tidak pelik.
Jelik

Ia bukan perkara yang senang
Ia bukan perkara yang boleh dipandang
Ia bukan perkara yang dianggap senang lenang
Ia bukan perkara yang diuruskan sewenang
Ia bukan perkara yang kau dapat tidur diawangan

Ujian memang sentiasa ada
Pekakkan telinga?
Tutupkan mata?
Diamkan mulut dari bicara?
Tahan air masin dari tubir mata?

Ujian adalah satu kekuatan rahsia.
Itulah yang membentuk kau jadi manusia
Fikirlah sebaiknya
Moga diberi cahaya

Wednesday, February 13, 2013

milik ALLAH


Ya ALLAH
dalam diam
aku tertarik dengan sifatnya
ilmunya
akhlaknya
budi pekertinya
perwatakannya
pergaulannya
percakapannya
gaya pemakainnya
sifat keanak-anakkannya
cara jalannya

Ya RABB
aku diam
diam kerana aku tahu dia milik KAU
ya....
aku hanya perlu minta kepadaMUa

awak,,perigi mencari timba

awak
saya sedih
hati pedih
mengenang nasib diri yang jerih

awak
bukan niat nak sembunyi
tapi takut malu sendiri

awak
takkan saya nak tersua-sua
macam perigi mencari timba
harap awak mengerti perasaan saya
moga awak mulakan hubungan kita

awak
kalau awak lambat baik saya mula
perigi pun perigi la
janji saya jumpa timba saya
biarla apa orang nak kata
asal kita boleh cipta bahagia



Monday, February 11, 2013

Saya suka awak


Awak
Saya suka awak
Serius!! ni bukan lawak
Ni juga bukan gurau biawak

Bila nampak awak
Terus kaku
Kelu 
Malu
Kenapa? Saya pun tak tahu

Awak
Kita selalu jalan sama
Tapi kita kelu seribu bahasa
Awak tak tahu apa yang saya rasa
Dup-dap dup-dap dalam dada

Awak
Dengan orang lain awak bergurau senda
Melawak bersahaja
Dengan saya
Kenapa bermuram durja

Awak
Saya suka awak
Ya......saya suka  awak.

Saturday, February 9, 2013

tumpang menumpang

hidup ni tumpang menumpang 

macam sistem barter dulu di pegang

kalau tiada iman, hidup tempang

perlulah pandai berenang 

dalam mencari erti kebenaran

tp jangan pula sampai muka terpampang

kalau mahu hidup dijulang

takut nanti di SANA dilempang-lempang.

gelagat muda mudi

Semalam
Aku keluar bagai kelawar mencari rezki
Tengok gelagat muda mudi
Teringt tika aku umur belasan taun, hingusan lagi
Ooppppssss...skrg ni pun aku masih maintain fizikal dan hati
Kedut jauh sekali
Haa....haa..haa

**tersenyum sendiri


Okey...
Kenangan dulu muncul kembali
Bersepai
Dalam kotak memori
Bukan niat untuk kuseru namun dia dtg sendiri


Gelagat muda mudi
Dulu dan kini memang tak selari
Banyak perubahan yang telah diberi
Menenggelamkan jati diri
Peluk sana sini
Kucup pipi kanan kiri
Rosak pekerti
Rosak budi
Nafsu dijulang tinggi
Agama dipandang sepi
Sampai bila harus begini
Tepuk dada tanya la hati


Wednesday, February 6, 2013

calibaration hati 4


Keadaan jalan yang sesak memperlahankan perjalanan Krisya. Keretanya tersenguk-senguk. Manakala kaki kanannya sentiasa bermain dengan brake. Jalan semarak menuju ke jalan padang tembak sentiasa sibuk dan sesak. Krisya kepenatan. Dia sedikit menyesal kerana tidak mendengar nasihat Zarith supaya membeli kereta auto. Rasa hatinya juga yang dituruti.        Krisya menarik hand brake bila lampu isyarat bertukar warna merah. Cuba meregangkan badan. Kaki kanan dan kiri digoyangkannya untuk menghilangkan lenguh. Bahu kanannya dirapatkan ke arah pintu.  Dia memandang ke arah luar. Memerhati gelagat penunggang motor yang menyelit dari sermin sisi nya dan berhenti di depan keretanya. Sebuah demi sebuah motor melintasi keretanya dan berhenti di hadapan. Sehinggakan ada yang terpaksa untuk berhenti di tepi keretanya. Krisya cepat-cepat menaikkan cermin kereta dan mengunci kereta dari dalam. Langkah pencegahan untuk mengelak dari dirompak.        Krisya memerhati penunngang moto di hadapannya. Berjaket hitam. Dengan kasut, glove, helmet boleh dikatakan serba hitam. Krisya cukup mengkagumi cara pemakaian lelaki tersebut.     'mesti handsome ni' Krisya berdetik sendiri. Dengan motor kawasaki nya. Bunyi enjin motor tu sahaja dah menenggelamkan bunyi enjin honda Jazz Krisya. Ralit Krisya memerhatikann penunggang motor tersebut. Mungkin sedar dirinya direnung, penunggang motor tersebut memalingkan wajah ke arah Krisya dan terus memusingkan ke depan. Krisya menjungkit kening sambil tersenyum. Masih lagi memandang lelaki tersebut sambil tersenyum. Lelaki ikut sekali lagi memusingkan kepalanya lantas merenung Krisya. Hanya mata sepet yang boleh dilihat oleh Krisya. Tu pun selepas mamat tu mengangkat vizer helmet.      Krisya mematikan senyumannya. Cuak melihat riak wajah mamat motor besar tu.'dah sudah, kenapa dia nak tenung aku macam tu. Takkan dia perasaan aku dok perhatikan dia. Ish...cepat la hijau'       Mamat berjaket hitam itu masih lagi memandang ke arah Krisya. Tanpa berkelip. Krisya kegelisahan di tempatnya. Tangannya cuba menekan punat radio untuk menghilangkan resah. Tapak tangannya berpeluh. Dia pantang kalau gemuruh atau takut, cepat je tangannya berpeluh. Bukan setakat tangan sahaja, tapi kaki sekali. Krisya pandang lagi mamat yang berjaket jitam itu. Mata sepet lelaki itu asyik merenungnya. Krisya terpaku seakan dipukau. Dia hanya merelakan pandangan jatuh ke arah lelaki itu.      Dadanya bergetar. 'ho ho ho,kenapa dengan lelaki ni. Takkan marah kot orang tenung dia'      Bunyi deruman enjin motor di sebelah kereta Krisya mnegejutkan kedua-duanya. Bunyi hon dari kereta belakang berpadu dengan ngauman enjin motosikal dihadapannya amat membingitkan. Krisya terus mengalihkan pandangan.      'oh..patut la..dah hijau' terus Krisya menekan clutch kereta dan menukar gear. Krisay sekali lagi memandang di hadapan. Motosikal kawasaki tadi sudah hilang di pandangan mata.      'nasib baik lampu hijau' Krisya mengurut dadanya. Berterima kasih pada lampu isyarat yang menyelamatkan dia dari ditenung lelaki berjaket hitam itu. Dia tersengih sendirian. Pelik memikirkan perilaku lelaki tersebut.       Krisya menganalisa balik kelibat lelaki tadi. Hanya mata sepet sahaja yang jelas dipandangan matanya. 'takkan cina kot, ahh lantak la. Jangan kacau aku sudah'. Krisya kembali menumpukan perhatian pada jalan yang sesak di hadapan. Krisya melihat jam Fossil di tangannya. Mungkin dalam lima minit lagi untuk sampai ke rumahnya. Kereta masih lagi bergerak perlahan-lahan. Kawasan perumahan di Setapak Jaya agak sibuk. Sememangnya agak susah untuk melihat kawasan itu lenggang.      Krisya memakirkan kereta Jazz nya diluar pagar rumah. Rumah teres yang disewanya hanya boleh memuatkan sebiji kereta sahaja. Jadi siapa cepat dia dapat parking kat dalam. Penat memandu dalam keadaan sesak menyebabkan Krisya terus masuk bilik. Katil di panjat dan dengan selesa dia merebahkan badan. Perasaan mengantok di layan.      "Arghhh..tension aku kalau hari hari macam ni" Krisya mengomel sendiri. Bekerja selama lapan jam di pejabat tidak sangat memenatkannya. Mana tak nya, kalau barang tak masuk atau tak ada incoming order,  dia hanya melayan facebook je la. Atau baca blog-blog orang. Paling dia suka baca hanis zulaikha punya blog. Sangat simple dan kena dengan jiwanya. Blog yang gila-gila boleh buat tersenyum sendiri.

Wednesday, January 30, 2013

bukan kau


Pergi dia,pergi tanpa kerelaan.
Datangnya memang dinantikan.


Aku memang manjadi penunggu
Dan hanya akan menunggu
Biar pun masa dan detik berlalu
Mungkin sudah tersurat untukku


Pergi dia, pergi tanpa kerelaan
Datangnya memang dinantikan
Pergi dia,, pergi mencari jawapan
Datangnya untuk mencari kepastian


Biarpun pergimu dengan cara kejam
Tapi bukan caraku untuk menghentam
Bukan mahuku,kau dikecam
Masyarakat yang bertindak kejam


Pergi dia, pergi tanpa kerelaan
Datangnya memang dinantikan.
Pergi dia, pergi dengan sedu sedan.
Datangnya pasti membawa kegembiraan


namun  jawapn, kepastian yang dan kegembiraan yang kau bawa
seakan tidak dapat melengkapkan separuh nafasku
dipenantian luahan rasaku
teguh satu pilihan
pemenuh separuh nafasku dan cintaku
ternyata bukan kau yang kurindukan
bukan kau yang kuseru




Friday, January 25, 2013

calibration part 3


Azrul Izzat berjalan perlahan meninggalkan keretanya. Dengan langkah lemah longlai. Mood nya tiada bila ibu menyuruh pulang ke rumah dengan segera. Ada hal penting katanya. Bukan dia tidak tahu apa motif ibu nya suruh pulang segera.
"Jat, lamanya ibu tunggu kamu tunjuk muka. Sibuk sangat ke?" Pn Azizah hilang sabar melihat lenggok anak bujangnya. Ada anak lelaki seorang pun macam tiada. Jarang sekali balik ke rumah menemaninya. Bukannya jauh sangat tempat kerja dengan rumah tapi sengaja anak lelaki tunggalnya nak menyewa. Nak berdikari katanya. Berdikari la sangat. Pn azizah membebel sendiri.
" Tak la sibuk sangat tapi boleh la. Kenapa ibu suruh Jat balik malam-malam ni?. Macam tak boleh tunggu sabtu ni". Balas Izzat sambil tunduk menyalami tangan ibunya. Seorang ibu tunggal yang sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anak. Pipi kanan Pn Azizah di kucup lama. Melepaskan rindu pada ibu tersayang.
Pn Azizah mengusap lembut bahu anaknya. Menunjukkan perasaan kasih. Dia hanya ada dua orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Selepas pemergian suaminya sepuluh tahun yang lepas, dialah yang menjadi ibu dan bapa kepada anak-anaknya. Pn Azizah bernasib baik kerana mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Pekerjaannya sebagai penyelia petang membezakan dia  dengan ibu-ibu tunggal yang lain.
"Pija mana bu?". Pertanyaan Izzat memecahkan lamunan Pn Azizah. Terus wajah anak terunanya dipandang. Dia mengheret tangan Izzat menuju ke ruang tamu.
"Pija ada dalam bilik tu. Lepas makan malam tadi terus masuk bilik. Penat katanya. Nak rehat". Terang Pn Azizah sambil duduk di sebelah Izzat. Izzat membaringkan badannya di sofa sambil kepala diletakkan dia atas riba ibu nya. Anak manja la katakan.
"Jat bila nak kahwin?" tanya Pn Azizah sambil mengusap kepala anaknya.Izzat terus bangun dari pembaringan. Terkejut dengan pertanyaan tersebut.
"Soalan ape ibu ni? Ni yang Jat malas nak balik rumah ni. Baru nak manja-manja ngan ibu. Nanti kalau Jat dah kahwin mesti dah tak dapat nak manja-manja ngan ibu lagi. Tak nak la. Jat saaaayang ibu Jat ni". Kata Izzat sambil mencium pipi ibunya bertalu-talu.
Pn Azizah mencubit pinggang Izzat. Izzat hanya mengaduh kesakitan namun tidak lama kemudian dia tergelak kegelian. Tangan Pn Azizah sudah menggagau pinggang Izzat cuba menggeletek.
"Ibu.....geli la. Okey-okey Jat menyerah kalah". Izaat mengangkat kedua-dua tangan tanda mengaku kalah. Penat menahan kegelian. Begitu la caranya dia bermanja dengan ibu tersayang.
"main-main lagi" Pn Azizah menghentikan gerakan tangannya.
"Ibu suruh Jat balik malam-malam ni ada apa?" tanya Izzat sambil mata mendongak ke arah ibunya.
"Tu la, ibu nak tanya bila Jat nak kahwin? Umur da nak masuk tiga puluh tahun''.
"Kalau ada jodoh Jat kahwin la bu. Mungkin sekarang ni jodoh Jat tak sampai lagi"Izzat menjawab perlahan.
"Takkan nak suruh Pija kahwin dulu. Ibu kalau boleh, nak Jat berumah tangga. Baru senang hati ibu lepas ni". Izzat bangun dari pembaringan. Cuba menegakkan badan dan menyandar.
"biar la Pija kahwin kalau jodoh dia dah sampai. Kita tak boleh halang kehendak takdir dan kalau ditakdirkan Pija kahwin dulu dari Jat, ibu kena terima. Jat tak kisah pun".
"Jat tak kisah tapi ibu kisah". Jawab Pn Azizah perlahan. Sesungguhnya dia tidak berapa setuju dengan pendirian anaknya.
"Alaaa ibu ni. Nanti la Jat cari calon menantu untuk ibu". Izzat cuba beralasan dengan ibunya. Bukan tak nak kahwin tapi kalau seru dan jodoh tak ada, macam mana nak kahwin.
"Atau Jat nak ibu tolong carikan? Ramai je anak kawan-kawan ibu yang masih solo. Hmmmm.....macam mane? Nak?", kata Pn Azizah sambil mengeyit mata ke arah Izzat. Cuba memprovok anaknya.
"Tak nak la bu. Hmmmm...ibu masak apa malam ni. Lapar laaaa..." Izzat menukar topik. Tangannya hanya menggosok perut.
"Saja la tu nak tukar channel". Pn Azizah menampar perlahan lengan anaknya.
"Ibu ada masak kari ketam tu, sebab tu suruh Jat balik. Jom la ke dapur" Pn Azizah bangun dan menuju ke dapur. Izzat bangun dan berjalan menyaingi langkah ibunya. Pn Azizah melayan karenah anaknya makan. Macam melayan anak kecil gamaknya.

Thursday, January 10, 2013

calibration hati part 2


Dendangan lagu black ft malique yang berkumandang dilaptop mengusik hati Krisya. Lagu Teman pengganti itu juga lah yang diulang-ulang olehnya. Dengan sendiri matanya berkaca. Teringat kata Zarith. Zarith memaklumkan bahawa minggu ini dia akan ditunangkan dengan anak kepada kawan emaknya. Krisya menahan sebak sambil mengelap matanya. Malu jika Nisa nampak.
Dari tadi Nisa hanya memerhati gelagat kawan serumahnya dari jauh. Entah mengapa hatinya berfirasat yang kawannya ada masalah.
"kau ni kenapa Sya? Ada masalah ke?. Ceciter kat aku apa masalah kau?" tanya Nisa sambil berjalan perlahan dan duduk mengadap Krisya di ruang tamu. Krisya angkat muka memandang orang di depannya sambil tersenyum
"aku okey la. Nampak macam ada masalah ker?"
"okey apa kalau lap-lap air mata bagai. Ceciter kat aku ni, mana la tahu aku boleh ringankan beban kau tu" Nisa cuba untuk merisik lagi. Mana tahu boleh menolong apa yang patut. Tu baru dikataka kawan sejati.
"kau pernah dengar lagu ni tak?" tanya Krisya sambil memuncungkan mulutnya ke arah laptop. "bila aku dengan lagu ni,dengan sendiri airmata aku menitis dua tiga menjak ni.aku pun tak faham kenapa".
"Lagu apa ni?. Macam pernah dengar tapi aku tak tahu tajuk la. Lagu apa ni Sya?"
"Laaaa....ni lagu Black la, teman pengganti. Sedap je suara Black ni. Lemak-lemak merdu. Serius aku jatuh cinta dengan suara Black ni. Bila hayati betul-betul, lagu ni punya maksud mendalam". Terang Krisya dengan penuh emosi. Nisa hanya mengeleng kepala.
"Sebab tu la air mata kau tu murah je kan hari ni. Ada related dengan kau punya kisah hidup ke Sya" pertanyaan Nisa membuatkan Krisya terdiam. Serta merta dia teringat lelaki itu. Lelaki yang difikirkan jodohnya ke alam perkahwinan. 'Zarith'. Seru Krisya dalam hati. 
"Sya, kenapa kau senyap tiba-tiba ni, hmmm....tolong jangan cakap lagu ni related dengan hidup kau". Kesenyapan Krisya menjawab pertanyaan Nisa. 
Airmata Krisya mengalir perlahan mengiringi hatinya luka. Perlahan-lahan tangan bergerak seiring untuk menyapu mutiara jernih yang membasahi pipi.
"Sya,kau ni kenapa, cuba kau cerita pada aku. Kau jangan buat aku serba salah macam ni". Nisa bangun menuju ke sofa di sebelahnya. Lantas dia duduk bersebelahan kawannya sambil menggosok-gosok bahu Krisya. Perlahan jari-jemari Nisa naik turun di lengan Krisya menunjukkan keprihatinan.
"Zarith bertunang hari ni". Terlopong Nisa bila dimaklumkan akan hal itu. Walhal dia tahu, Zarith dengan Krisya sudah lama bercinta. Ke hulu ke hilir mereka bersama. Jarang sekali kalau nak ke mana-mana Krisya keseorangan. Sentiasa ditemani Zarith.
"Say it again.takkan la dia boleh bertunang dengan orang lain. Macam mana boleh berlaku. Kau ada masalah dengan Zarith ke"? Bertubi tubi soalan dari Nisa. Dengan sendiri air mata Krisya menitis. Sebak mendengar pertanyaan dari wanita itu. Krisya sendiri pun tak tahu apa salahnya. 
"Aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba. Mungkin bukan jodoh aku dengan dia dan mungkin sudah ditakdirkan dia bukan untuk aku. Ataupun mungkin aku ni tidak sebaik tunang Zarith sekarang". Ucapan pasrah dari Krisya terluah dengan esakan kecil. Redha dengan ketentuan takdir. Nisa memeluk kawan serumahnya sambil mengusap belakang Krisya dengan tujuan menenangkan perasaan wanita tersebut. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tanpa suara Nisa cuba memujuk. Tanpa sepatah perkataan keluar dari bibirnya. Air mata perempuannya turut menitis. Dia turut merasakan pedihnya bila ditinggalkan. Walaupun pada ketika itu hanya sekadar cinta monyet. 
Pada ketika ini Nisa hanya mengusap bahu Krisya tanda isyarat untuk bersabar dengan dugaan ini. 
Deringan telefon bimbit Krisya dipandang. Nama 'Zarith' tertera di skrin handphone. Krisya mengangakat mukanya perlahan-lahan. Krisya hanya memandang handphone nya tanpa perasaan. Tiada lagak mahu menjawab panggilan itu. Dia hanya membiarkan  panggilan itu senyap dengan sendiri. Berkali-kali telefon itu berdering. Tapi Krisya hanya membiarkannya. Dengan selamba Krisya bangun dan meninggalkan telefon di sofa. Nisa hanya tercengang melihat Krisya menuju ke bilik. Telefon di sofa dipandang sepi. Dia hanya menjungkit bahu tanda tak ingin masuk campur. Perlahan-lahan turut bangun menuju ke biliknya.