Thursday, September 27, 2012

calibration hati



                     Riuh rendah bunyinya suasana di luar rumah Aina. Wakil rombongan pihak lelaki sedang enak menjamu selera yang disediakan oleh pihak perempuan.  Zarith hanya menunjukkan senyum tidak ikhlasnya kepada saudara-saudara yang mewakili pihaknya. Hatinya memberontak untuk membatalkan majlis ini, namun dia tiada daya. Kata keluarga  terpaksa menjadi kiblatnya. Antara cinta dengan rasa hormat terhadap keluarga yang banyak berkorban untuknya. Keluarga menjadi pilihan.
                “zarith, mari sini. Kita bergambar kenangan.” Zarith menurut sambil melangkah menuju ke ambil dan duduk bersebelahan dengan tunangnya. Dikerling Aina sekilas lalu tanpa secebis senyuman.  Yer, Aina menjadi pilihan keluarganya. Terpaksa memilih. Hanya beberapa bulan saja Zarith bersua muka dengan Aina. Itupun desakan mamanya menyuruh meluangkan masa bersama bakal tunang.
                “Say cheese!!!” jeritan jurukamera mengembalikan Zarith ke  dunia realiti. Zarith menyimpulkan senyumnya. Terpaksa. Ya, kerana terpaksa. Hanya itu perkataan yang sangat sesuai dengan keadaan dirinya sekarang.
                Aina hanya mengerling tunangnya. Dia tahu, Zarith tidak merelakan pertunangan ini. Dia faham dengan gerak badan lelaki ini. Terasa seperti Zarith cuba mengelak untuk bertentang mata dengannya. Aina sedar diri, dia hanyalah pilihan keluarga bukan pilihan Zarith. Namun tetap redha jika ini perjalanan hidupnya. Jika sudah tersurat  begini takdir hidupnya, siapa dia untuk mempersoalkan tentang perancangan yang diatur oleh Penciptanya. Aina harus akur.
                Selesai acara bergambar, Zarith melangkah keluar dari rumah itu. Pn Rashidah hanya mengelengkan kepalanya. Faham sangat dengan gelagat anak lelaki tunggalnya itu.
                Selesai acara menyarung cincin dan bergambar bagai, rombongan pihak lelaki mula meminta diri untuk pulang. Aina mendekati Zarith.
                “Terima kasih kerana sanggup menerima saya sebagai tunang awak.” Aina berkata perlahan. Zarith hanya memandang hadapan dan mengangguk perlahan.
                “Saya tahu, awak terpaksa dengan semua ini. Saya juga mengalami situasi sama macam awak. Ditelan mati mak,diluah mati bapak. Sekarang ni saya hanya bergantung pada keputusan awak. Kiranya awak jodoh saya, saya akan terima dengan redha. Saya harap,awak pun begitu.” Habis je mengeluarkan apa yang terpendam, Aina  berlalu pergi.
Harith tercengang mendengar ungkapan lembut Aina. Harith sedar kini, bukan hanya dia yang terpaksa.’ Ya,jika ini jodoh aku, aku seharusnya terima. Jika Aina yang ditetapkan maka dia tidak boleh memilih untuk memiliki Krisya.’
Zarith melangkah laju menuju ke Toyota Camry nya. Pn Rashidah sudah  hilang bersama adik-adiknya yang lain menaiki kereta  yang berasingan.  Zarith melihat jam ditangannya. ‘Krisya. Ape aku perlu explain pada dia. Sya, maafkan Zarith. Tak terniat pun nak kecewakan sya.’ Zarith merintih. Dia sayangkan Krisya. Sejak bertemu dengan Krisya, tiada perempuan lain yang dipandang. Jiwa dan hatinya hanya untuk Krisya. Zarith menarik nafas panjang. Tenangkan diri. Jari-jemarinya mengetuk-ngetuk stering kereta mengikut rentak lagu. Zarith memandu tanpa tujuan. Bila masalah melanda refleksi badan  dengan minda tidak sekata. Kakinya hanya menekan pedal minyak dan tangan pula hanya mengawal stering. Masih memikirkan Krisya. Sudah seminggu dia menyepikan diri dengan wanita itu. Tiada panggilan dan tiada mesej. .

1 comment: