Pemandangan yang hijau di hadapan di tenung. Keasyikan melayan
angin pantai, menghilangkan bayangan lelaki yang dari tadi merenungnya. Krisya
tiada hati untuk menatap lelaki itu. Kalau dengan memandang wajah itu
mengguriskan lagi hatinya yang terluka, lebih baik dia memandang bukit yang
sepi itu. Lebih baik begitu. Bagaikan gunung
tersebut melapangkan hatinya.
“Sya”,
Zarith memanggil perlahan. Dia tahu sangat
Krisya terpaksa bersetuju untuk bertemu dengannya. Sudah dua minggu
Krisya mendiamkan diri. Mesej yang dihantar dihantar tidak di balas oleh wanita
itu apatah lagi panggilan. Langsung tiada respons.
Krisya
masih lagi mendiamkan diri. Cuba membatukan diri agar tidak terpujuk dengan
rayuan bekas kekasihnya itu. kalau dulu, Krisya senang sahaja menerima pujukan.
Rajuknya hanya sebentar. Baginya dulu, rajuk yang berpanjangan akan merugikan
masa untuk berkasih-kasihan. Maklumlah orang tengah hangat bercinta.
“Sya,tolong
la jangan buat Rith macam ni” Zarith
bersuara lagi. Krisya cuba mengedip-ngedipkan matanya. Menahan air masin keluar
dari tubir mata. Mengetap bibir menahan rasa. Beg tangan di ribanya dipegang
kejap. Cuba mengumpul kekuatan.
Krisya
memalingkan wajahnya memandang mata Zarith. Di situ terlihat penyesalan. Di situ
juga terpancar kesedihan. Bukan hanya
dia seorang yang sedih. Zarith jua turut menderita dengan pertunangannya. Namun
apakan daya, mereka tidak mampu untuk mengubah keputusan yang dibuat oleh
keluarga Zarith.
Krisya
menahan sebak bila terkesan mata Zarith berkaca. Susah untuknya melihat air
jernih keluar dari mata bulat itu. Krisya menarik nafas. Dia perlu kuat. Kuat menghadapi
takdir hidup. Siapa dia untuk melawan arus kehidupan. Kalau itu bukan jodohnya, dia kena merelakan
perpisahan itu. walaupun perpisahan yang terjadi bukan atas permintaannya. Bukan
dalam rencananya.
“Zarith
Ikmal….sejujurnya saya sangat sedih dengan apa yang berlaku. Namun apa yang
boleh katakan sekarang ni saya cuba untuk menerima. Cuba untuk memahami. Tapi saya
tak kuat untuk berhadapan dengan awak. Sungguh saya tak kuat” Krisya meluahkan
apa yang dia rasa. Bibir dikemam atas bawah. Nafas ditarik lagi perlahan-lahan.
Cuba menenangkan perasaan. Menggigil tangannya menahan rasa.
“Maafkan
Rith, Sya. Rith pun bingung dengan keadaan sekarang ni. Sejujurnya Rith boleh
gila kalau tiada Sya dalam hidup Rith”. Krisya yang mendengar terus mengangkat
tangan dan menekup kedua-dua belah telinga. Dia tidak sanggup untuk mendengar
luahan rasa hati Zarith. Sesungguhnya dia tidak kuat.
Zarith
terkejut dengan reaksi yang ditunjukkan spontan
oleh Krisya. Bibir Krisya menyuruhnya berhenti berbicara. Sedih hatinya melihat
Krisya tertekan begitu. Dia tidak sanggup melihat Krisya terseksa begitu. Itu salahnya.
Kenapa keadaan terlalu kejam kepada mereka berdua. Perlahan-lahan Zarith bangun
meratapi Krisya. Cuba mengenggam jari jemari Krisya yang masih lagi melekap di
telinga.
Krisya
hanya membiarkan. Dia rindukan suara pujukan itu. dia rindukan lelaki itu.
sungguh dia perlukan lelaki itu. hidupnya terasa kosong tanpa suara lelaki itu.
Hanya suara itu yang menemani hidupnya. Tiada lelaki lain. Hanya Zarith yang
dia perlukan namun apakan daya dia untuk melawan takdir yang dah ditetapkan.
Zarith
ralit menilik jari jemari Krisya. Kalau boleh dia tak ingin melepaskan wanita
ini. Krisya dibuai rasa bahagia namun dia sedar itu hanya sebentar cuma. Dia hanya
membiarkan tangannya di elus-elus Zarith. mungkin hari ini yang terakhir untuk
dia bermanja-manja. Hari terakhir untuk dia rasa bahagia bersama lelaki
tersebut.
Keasyikkan
melayan rasa bahagia diregut bila teringat kata-kata Nisa yang menyuruhnya
menjaga hubungannya dengan Zarith.
“Apa
perasaan tunang Zarith bila dia tahu hubungan kau ngan Zarith. Kau perempuan
dan dia pun perempuan. kalau boleh elakkan sakitkan hati perempuan lain. Aku takut
nanti kau pun akan merasa benda yang sama" kata-kata Nisa berlegar-legar di relung pemikirannya. Perlahan-lahan genggaman tangan Zarith cuba di relaikan. Zarith terpinga namun memahami tindakan Krisya.
"Kita tak boleh macam ni. Antara kita sudah tercipta jurang. Sya tak sanggup nak mengecewakan hati perempuan lain" Krisya hanya menunduk. Kedua-dua tangannya di genggam kemas, cuba mencari kekuatan.
"Okey....tapi kita still boleh jumpa kan?" mata Krisya direnung. Cuba untuk mencari jawapan. namun Krisya tetap menundukkan kepala. Sukar untuk Zarith menelaah jawapan Krisya. Zarith mengeluh perlahan.
"Sya rasa, elok la kita tak berhubung lagi. Pasal bisnes kita tu baik Rith urus macam biasa. Nanti kita bincang pasal hala tuju bisnes ni kemudian. Buat masa sekarang Sya serahkan pada Rith, boleh?". Kepala Zarith terangguk perlahan.
"One fine day, kita akan jumpa lagi. InsyaALLAH". sedetik itu, Krisya berdiri dan melangkah perahan meninggalkan Zarith keseorangan. Untuk menahan langkah lemah Krisya, dia tidak mampu kerna dia juga tidak kuat. Makin lama bayang Krisya makin hilang dari pandangan mata.
Zarith mengeluh lagi. suasana tenang di sekeliling tidak dapat menghilangkan resah hatinya. Nafas ditarik dalam. Dihembus perlahan-lahan. Cuba menyahkan galau hati.

No comments:
Post a Comment